LATAR BELAKANG

  • Bahagian ini dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) pada 1972 hingga 10 Oktober 1995.

  • Mulai 10 Oktober 1995 hingga 31 Disember 2004 UPU dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar IPT (BPKP IPT), Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Mulai 01 Januari 2005, bahagian ini dijenamakan semula dan dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

  • Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam).┬áPerubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi pada 01 Januari 2005.

  • Mulai tahun 2019, BPKP sekali lagi dijenamakan semula sebagai Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaras kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam). Perubahan ini adalah selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan Tinggi pada 01 Januari 2005.

FUNGSI UTAMA

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke UA/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan SKM.

  • Memantau perimbangan pelajar Sains-Sastera bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan dari masa ke semasa.

  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar asing ke program pengajian ke UA.

  • Membangun, melaksana dan merealisasikan pengurusan Kerajaan Elektronik.

  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Karnival Pendidikan Tinggi Negara bagi persiapan pelajar untuk kemasukan ke UA.

  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan pentadbiran kewangan di BPKP JPT termasuk Akaun Amanah.

  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke UA dan memantapkan kawal seliaan.

Langgani Kami untuk mendapat berita terkini