- Forum Hala Tuju Lepasan SPM/STPM ke IPTA (Kaunselor terpilih).
- Ceramah dan forum yang interaktif dan berfokus kepada kumpulan sasaran oleh IPTA, Bahagian /Agensi KPT/KPM seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Pengajian Tinggi.
- Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN), “JOM MASUK U’’ oleh IPTA, Agensi/Institusi, Bahagian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi / Kementerian Pelajaran Malaysia / Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan IPTS serta lain – lain institusi yang menawarkan peluang Pendidikan Tinggi.
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung.
- Penyediaan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej komuniti dan pelbagai agensi lain; dan Khidmat Kaunseling.
Program ini akan disertai bersama oleh 20 IPTA, Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PTPTN, MQA, IPTS serta Agensi/Bahagian di KPM seperti Bahagian Sekolah, Bahagian Matrikulasi KPM, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM, Majlis Kaunselor Negeri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta lain-lain agensi yang terlibat dengan pendidikan tinggi.
- Penceramah yang mempunyai kepakaran mengikut bidang tertentu akan dikenal pasti untuk dijemput memberi ceramah dalam forum.
- Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Matrikulasi KPM/Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), Asasi UiTM dan Politeknik akan menentukan senarai kaunselor terpilih termasuk kaunselor dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, Wakil Majlis Kaunseling Sekolah Rendah serta Wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berdasarkan formula yang ditetapkan oleh BPKP Jabatan Pengajian Tinggi.

Bagi tahun 2009, Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2009 dilaksanakan di 8 Zon di seluruh negara mulai pertengahan Januari hingga minggu pertama April 2009. Lokasi pameran adalah seperti :-
| ZON |
TARIKH |
NEGERI |
LOKASI |
| Zon 1 |
17 - 18 Jan 2009 |
WP KL, Putrajaya, Selangor |
PWTC, Kuala Lumpur |
| Zon 2 |
31 Jan -1 Feb 2009 |
Kedah, Perlis |
Dewan 2020
Kangar, Perlis |
| Zon 3 |
14 - 15 Feb 2009 |
Sabah, WP Labuan |
1 Borneo Shaping Mall
Kota Kinabalu, Sabah |
| Zon 4 |
28 Feb -1 Mac 2009 |
Pahang, Kelantan, Terengganu |
Universiti Malaysia Pahang
Kuantan, Pahang |
| Zon 5 |
14 - 15 Mac 2009 |
Melaka, Negeri Sembilan |
Melaka International
Trade Centre (MITC)
Ayer Keroh, Melaka |
| Zon 6 |
22 - 23 Mac 2009 |
Perak / Pulau Pinang |
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang |
| Zon 7 |
28 - 29 Mac 2009 |
Sarawak |
Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching, Sarawak |
| Zon 8 |
4 - 5 April 2009 |
Johor |
Plaza Angsana
Johor Bahru |