STATUS RAYUAN

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf  Sesi Akademik 2011/2012  boleh disemak mulai 14 Jun  2011 (Selasa) jam 12.00 tengah hari  

  2. KPT tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA. Semua pengurusan berpusat adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.

  3. DASAR PEMILIHAN RAYUAN

    Dasar  pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku  selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.

  4. Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA sehingga  3 Julai 2011, maka rayuan dianggap gagal.

  5. Kemudahan “Hotline” dan “Helpline” disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan calon. Calon boleh menghubungi Talian Telefon:  03-88835858 dan 03-88835848 untuk bantuan.


Dikemaskini pada 14/062011